HARI ANDA BAGAIMANA?

Monday, May 13, 2013

Black505

pelbagai nama...pelbagai gelaran... suara rakyat..suara keramat..aku terpanggil untuk join perhimpunan yg ak tak sangka seramai ini... well.. just nak rasa pengalaman.. hari tu nak join bersih...hkr.. tak dpt..so..ni la peluang nya..and nampaknya adik ak pun join juga...so..ak join la..even esok nya kerja..ape boleh halang..
hahaha..

jammed mmg gile..sorry pada pengguna jalan raya yg tak terlibat..tetapi terpaksa menggadai masa selama hampir 4 jam hanya kerana perhimpunan ini.. itu lah..kalau dari awal dah telus..tiada lah perhimpunan ini..ini adalah suara rakyat yg nampak ketidaktelusan dalam pilihan raya baru ni...kan2?

ok..tak pela...macam2 dapat amaran ala2 gertakan...dari mana2 pihak yg terbabit untuk menghalang ramai org dari join ini semua...ak memula takut gak..maklumlah..ak ni bukan jenis langgar peraturan..seingat ak..ak tak pernah basuh kolah asrama hujung minggu akibat denda lambat datang sekolah..kah2... so... ak buat research..ahah.. tgk page rafizi ramli...yakin dah..perhimpunan ini sah di sisi undang2...ak terus kan niat..

perjalanan sekejap je...sebab dekat je...tapi perjalanan dengan kaki agak jauh....dari jauh dah dengar laungan dr dalam stadium...fuh..harap dapat masuk je la.... about 2km kot jalan...aha! dapat masuk...erm...perasaan die..kite tak boleh cerita sangat..kita tgk gambar...

ni best shot untuk diri sendiri.... 


awal2 masa dapat masuk and duduk....
ya..semua pakai hitam sempena black out.. hehe




ini semua banyak gmbr selepas habis dan selesai suara2 dari pemimpin...

kami berjalan pulang... racist? ak tak faham..dulu sibuk nak kempen 1Malaysia... elok dah ok la 1 mesia..1 mesia.. tetiba kat luar tajuk besar atas paper... "apa lagi Cina mahu?" malam tu...ya..ak tau..negara kita berpadu kaum..mmg sesetengah kita rasa nak kutuk kaum lain....sampai satu time..kite nak kutuk kaum lain...tp kita tak pernah lihat..bagus sgt ke kaum sendiri? dari asal ..nenek moyang... kita dah bersatu dengan kaum2 lain.... kalau rasa diri tercabar..kenapa kita tak sambut cabaran tuh? kenapa kena salah kan kaum lain...kita ni nak hidup..kene berdiri atas kaki...bukan kerana ikt saja kebanggaan atas tanah sendiri..tp pemalas...pengutuk. dan pemfitnah..makan harta seorang diri..dan salah kan org lain...

masa ni ak tak rasa langsung nak penting kan diri sendiri....habis je kata2 ceramah.. automatik..mcam ada pasukan membersih...dorang kutip semua sampah...yup..ak tak kata tanpa melihat... most of chinese yg duk sibuk kutip sampah...see my 1st photo dalam entry ni..clean!  kalau luar stadium..ak tak tau..mungkin ahli2 peniaga yg meninggal kan sampah? ok.. and dalam perjalanan pulang..ak tak dengar pun satu rungutan tentang sesak lalu lintas...sebab masing2 rela kan...maaf untuk pengguna yg tak rela...hurm..
and yg tukang tunjuk lubang2 sepanjang jalan...tunggu berdiri menyuluh lopak air yg mungkin bakal di langgar...menolong melangkah longkang besar...tangan satu bertaut satu....

aku pun tak tau la kenapa keluar soalan apa lagi cina mahu? bukan cina sahaja..kami semua hanya mahu perubahan..tolong la jangan ada rasuah...bimbing la negara dengan telus..sama2 miskin..sama2 kaya...enough... bersama juga kita buat sesuatu bersama untuk akhirat...

cukup la...ak pun tak nak membebel banyak sgt..ilmu pun takat mana je..hehe..prepare tuk bekerja esok..selagi ade kudrat..kita lawan la mana yg salah..tegak kan mana yg benar..sementelah itu..kite cuba hidup dalam dunia hipokrasi....seramai 120 ribu org yg penuhi luar dan dalam stadium..bersama kita berharap dan berdoa...tanah air kita aman..dalam erti kata..aman sebenarnya...

aku tutup entry kali ni dengan sajak sasterawan negara Datuk A.Samad Said

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,

kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!



Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning -- diri kita yang sejati --
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!



Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!"
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!



ak harap entry ini bukan bahan provokasi..ini adalah pengalaman semata seorang manusia berusia 25 tahun 2 bulan....


tepat 12 a.m 13 Mei 2013
sempena satu tarikh sejarah pernah terlakar dahulu... mungkin perhimpunan kali ini bakal tertulis dalam silibus Sejarah Malaysia  anak2 kita masa hadapan? tunggu...dan lihat..dan rasa

sleep acer~






No comments: