Semalam Allah telah menjemput hamba yg disayangiNya pulang kesisi Allah..
Sebuah kehilangan yg meruntun jiwa..
Terbaca satu caption dlm instagram..sebagaimana kita menangisi pemergian seorang tok guru..apelah lagi perasaan para sahabat tika Rasulullah wafat?
Tergenang air mata dalam tren lrt ketika scroll timeline instagram..
Pagi semalam ..seorang ikon dan lagenda negara Datuk Hasbullah Awang pengulas sukan terkenal juga telah kembali ke rahmatullah..berturut Allah mengambil mereka yg kita sayangi..
Meniti kisah kehilangan mereka..aku terlalu emphaty dengan perasaan kaum keluarga almarhum..aku juga baru 7bulan kehilangan abah..bila mendengar kisah arwah tuk guru pergi malam jumaat tepat pada pukul 9:40 mlm..aku tergerak melihat sijil kematian abah..betul malam jumaat juga..dan waktu kematian juga sama..9:40..mungkin satu kebetulan tapi ..Ya Allah..ak seperti rasa bersyukur takdir Allah menyamakan hari dan waktu yg sama even selepas 7bulan..
Subhanallah..sebak aku kehilangan abah akan terasa sampai bila2..saat memangku kepala abah ketika perjalanan ke hospital adalah saat paling sebak bila teringat kembali..padahal ketika kejadian tiada setitik pun air mata jatuh melainkan zikir yg aku bacakan untuk abah dengar dan ikut..
Berturut satu kehilangan ayah pada seorang sahabat dekat Mbsb..aku turut rasa kehilangan kerana hampirsetiap hari ketika kiteorg bersarapan El akan bercerita pasal ayah dia..dan bila berita kematian disampaikan pada hari ulang tahun perkenalan ak bersama tunang 31/1/15..ak bermuhasabah..kegembiraan bertingkah dengan kesedihan
Ya Allah..aku sebagai hamba yg lemah redha diatas semua ini..berilah mereka yg pergi ini keindahan di alam barzakh..
Dan Matikan kami dalam husnul khotimah..
al fatihah buat mereka yg telah pergi..aminn
Dato Hasbullah Awang ,63
Tok Guru Nik Aziz Nik Mat ,84
Arwah Pakcik Bakar ,65
Dan teristimewa untuk arwah ayahanda
Abdul Rashid Talib ,58
~sleep acer
No comments:
Post a Comment