HARI ANDA BAGAIMANA?

Wednesday, July 13, 2011

Peludah Warna by A Samad Said

mungkin diri ku tertegak diri di dunia ini...
...hanya sekadar memandang fenomena negara..
hati tersentuh lantas bertanya..mencari sebuah jawapan....
...carik2 hati yg terluka dahulu seperti berubah pada suatu kanvas besar yg penuh darah...
masih berdarah..bagai ada luka terbuka kembali...

di sini..membait puitis...sedalam akal meneliti tiap maksud tersirat sang negarawan....
...seorang sasterawan yg putih janggut nya melepasi dada.....
kita punya akal..akn tahu letak mana nya hati kita..maka..

.ku coretkan...adapatasi dari sebuah akhbar....terus ditulis oleh jemari..
.ku menaip pula sekali lagi dengan jemari...semoga ada antara kita tahu menfsir..
kerana die orang lama..bukan bodoh seperti disangkal sebahagian orang....
dalam setiap tulisan nya..penuh madah....madah itu motivasi negara.....


~nurwadirash~

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.


nukilan
A.Samad Said

1 comment:

mr.oren said...

kepala urat aku putus..haha.xpaham2~