HARI ANDA BAGAIMANA?

Thursday, March 24, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa....review

membelah dendam taji durjana
seteru puak bercerai jiwa seisi semesta
hadir sang kesum mencari wira
dalam mimpi amanat menyapa

lantas si merong kembali jelma...
tatkala tersahut kisah dahulukala
dalam kata sering bergema
ikat hati dalam irama

dikala geruda membadai samudera
tersemai cinta dua benua
marcus menyulam mengli di jiwa
terpisah kasih sang hitam kecewa

gementar raga rakyat jelata
mendengar seruan suara sang raja
telah langkasuka membenam garuda
tiga hati bersatu nada

tak jatuh kepada kerana azimat
nafsu meraja merantai mata
lantas tertewas sang kesuma
tiada taranya

sampai masa tibanya waktu
redup hati kamu berdua
bila dua jasad bersatu
hidup mati kita bersama

gema Lang  sediam nada
terhunus taji kerna mahawangsa
berlinangan embok menangis merana
mengharap si cinta kembali meraja

ada cinta tergabung rindu..
namun terpalit derita pilu
pahlawan perkasa rebah ke bumi....
kerna darah nya buat puteri

distu..tamat..

7 keturunan cerita tercipta
kisah merong melingkar sejarah
melayu kekal diatas takhta
kerna semangat cinta seterunya
nurwadirash


haha..5 star for this movie..tahniah KRU....

sleep asus~

No comments: